About Me

pelbagai pilihan kad kahwin dengan rekabentuk terbaru, pelbagai warna kad dengan harga yang berpatutan sedia menanti untuk menjadi kad jemputan pilihan anda..Ribuan kad telah kami hasilkan untuk menyempurnakan jemputan walimah dan ribuan pasangan pengantin telah mendapat perkhidmatan kami yang meliputi reka bentuk kad jemputan, percetakan dan penghantaran kad terus ke lokasi tempat kenduri dalam masa singkat dan harga yang murah; memenuhi citarasa para bakal pengantin.

Friday, August 13, 2010

TEMPAHAN DAN CARA PROSES

LANGKAH 1

ISI BORANG TEMPAHAN -
Pastikan borang tempahan di isi dengan betul, tepat dan tiada kesalahan ejaan. kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya maklumat yang dicetak adalah di atas kesalahan anda. Sila scan dan emailkan lakaran peta lokasi majlis anda ke gprkasihsuci@yahoo.com.my

- Isi borang anda di sini :-

LANGKAH 2

PENTING! DEPOSIT 50% -
Sila buat pembayaran DEPOSIT 50% dari jumlah bersih tempahan anda. Masukan DEPOSIT anda ke dalam akaun CIMB bernombor 12310005241056 di atas nama GALERI PERWARNAAN RESOURCES. Sila emailkan resit pembayaran DEPOSIT anda ke email gprkasihsuci@yahoo.com.my dan kami akan mengeluarkan resit untuk pembayaran DEPOSIT anda.
NOTA: KAD ANDA TIDAK AKAN DIPROSES CETAK SELAGI PEMBAYARAN DEPOSIT 50% ANDA TIDAK DIBUAT.SILA BUAT PEMBAYARAN DENGAN SEGERA BAGI MENGELAKAN KAD LEWAT DITERIMA.

LANGKAH 3

ARTWORK & DESIGN / REKABENTUK DRAF
Kami akan memulakan proses pembikinan artwork / draf apabila langkah diatas telah selesai diikuti. Tempoh pembikinan artwork / draf adalah 3-7 hari waktu berkerja. Artwork / draf yang telah siap direkabentuk akan diemailkan kepada anda untuk pengesahan.

LANGKAH 4

PEMBETULAN
Sila Semak Reka Artwork / draf anda dengan teliti ( isi kandung + peta ) pada kad kahwin yang telah kami emailkan. Sila emailkan semula atau hubungi kami jika terdapat pembetulan yang ingin di buat. Sila sahkan sehingga tiada lagi sebarang pembetulan di buat.

LANGKAH 5

PROSES MENCETAK
Proses mencetak akan di buat apabila artwork / draf anda telah dipersetujui dan deposit 50% dibayar. Tempoh proses cetakan adalah diantara 7-15 hari waktu berkerja bergantung kepada musim perkahwinan dan kerumitan kad kahwin anda.

LANGKAH 6

KAD SIAP
Kami akan menghubungi anda apabila kad anda telah siap di proses dan bersedia untuk diambil.

LANGKAH 7

PENTING! BAYARAN AKHIR
Sila buat pembayaran akhir baki 50% dari jumlah bersih tempahan anda sebelum kami menghantar melalui pos laju dan emailkan resit pembayaran baki 50% anda ke aprkasihsuci@yahoo.com.my

LANGKAH 8

PENGHANTARAN
Penghantaran adalah tertakluk pada tempat dan keadaan. Sekiranya anda berada di luar kawasan SELANGOR perkhidmatan POS LAJU akan digunakan dan kos penghantaran akan ditanggung oleh pembeli. Harga akan diberitahu kelak mengikut berat kad. Penghantaran ke Sabah dan Sarawak akan menganbil masa 1-4hari, sila buat tempaha lebih awal ( 3 atau 4 bulan sebelum majlis ) supaya masalah kelewatan tidak berlaku 

LOKASI KEDAI

GALERI KAD JEMPUTAN PERKAHWINAN / PERCETAKAN
No. 29, Jalan Pahlawan 1, Taman Pahlawan
Batu 10, Kebun Baru,
42500 Telok Panglima Garang,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 019 - 260 5274